KAMI HARGAI FOLLOWERS KAMI :)

IRAMA ROMANTIS

Showing posts with label facts. Show all posts
Showing posts with label facts. Show all posts

Friday

UCAPAN HERMIT SEMPENA RAMADHAN


Ini adalah ucapan Hermit yang dikeluarkan sempena menyambut bulan Ramadan
tahun ini.Pelbagai isu diketengahkan oleh Hermit,termasuk pergerakan Iblis yang semakin rancak untuk menyambut kedatangan kiamat palsu 2012 dan contoh mereka yang menjadi hamba The Illuminist di Malaysia.Hermit juga menyentuh tentang kelebihan pada sunnah dan kebenaran Nabi Muhammad dan kekecewaan mereka yang mendustakan ajaran baginda.

Sang Dajjal semakin menampakkan dirinya.Hari berganti hari.Tahun berganti tahun.Armageddon semakin hampir.

Dari bilik The Instrument of Doom,Area 13...MistisFiles membawakan kepada anda Ucapan Hermit Sempena Ramadan.


-M.O








Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan?Ini soalan serius kepada anda.Apakah yang membuatkan kita semua perlu bernafas di  atas muka bumi ini?Adakah anda semua meminta untuk hidup di dunia?Adakah anda pernah memintanya?Ini soalan yang tepat.

Jika anda pernah memintanya,sila beritahu saya BILAKAH anda memintanya.Dan jika tidak pernah memintanya,sila perhatikan apakah yang anda buat di atas dunia  sepanjang hidup anda.

JIka anda tidak pernah memintanya,saya lihat ada dua pilihan di sini;sama ada anda terpaksa teruskan kehidupan atau bunuh diri sahaja,sekarang.Jika anda  tidak mahu menghargai kehidupan,kehidupan juga tidak perlu memanja-manjakan diri anda.Jadi anda tahu pilihan mana yang tepat dengan akal yang sihat.

Para penyembah Iblis dan Kultus Sesat Mason serta Illuminist percaya bahawa manusia hidup atas kehendak Lucifer.Pada satu peringkat bawahan,ada satu kelompok  yang bertindak sebagai Ateis.Ada satu peringkat pula adalah penyembah materialistik.Ada satu peringkat pula adalah mangsa hedonisme.Mereka semua adalah orang  tidak percayakan agama atau agama adalah candu bagi mereka.Agama adalah sesuatu yang menyusahkan kehidupan mereka.Antara mangsa paling bawah dan menyedihkan  malah menjadi hamba secara sukarela di Malaysia ialah Sister In Islam.

Ini adalah contoh paling mudah untuk diketengahkan kerana kebanyakan polisi dan tindakan mereka menganaktirikan hukum-hukum Allah.Bagi mereka Allah,Muhammad  dan AlQuran adalah perkara ke 546 atau lebih dalam semua polisi mereka.Yang penting sekarang ialah kehidupan yang liberal sesuai dengan hak kemanusiaan.Ini  tidak menjadi masalah jika mereka adalah bukan Islam atau mengaku bukan Islam.MASALAHNYA sekarang,mereka mengaku Islam dan berasa amat marah apabila  dikatakan kafir atau non-muslim.Setiap dari mereka berusaha melekatkan perkataan 'ISLAM' di dahi-dahi mereka namun malangnya tidak pernah mendisiplinkan diri  mematuhi kehendak Allah yang menciptakan diri mereka.

Semua orang tahu bahawa Sister In Islam menyokong IFC iaitu satu suruhanjaya antara agama yang ditubuhkan oleh para chauvinist atau pelampau agama selain  Islam bertujuan untuk meliberalkan hukum-hukum Islam.Sudahlah hukum Hudud dalam AlQuran tidak dilaksanakan,sisa-sisa hukum Syariah di Malaysia yang  diluluskan oleh 'SIRIM' Malaysia pula mahu diperkosa sampai mati!Wanita-wanita 'Islam' di dalam Sister In Islam bagaikan zombie-zombie yang fikirannya  dikawal oleh hedonisme agama.Apakah motif sebenar Sister In Islam?Mengapa mereka cenderung melacurkan kemurnian agama Islam?Liberalisasi kemanusiaan adalah  agama tertinggi bagi Sister In Islam.Hukum Allah dalam soal jenayah adalah amat haram dan 'illegal' dalam kamus perundangan Sister In Islam.Dalam hal ini  Allah bagi mereka tidak pandai membuat hukum.Mereka lebih pandai.Bagi mereka Allah amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan,contohnya terhadap Kartika.Sister  In Islamlah yang lebih memahami hak kemanusiaan berbanding Allah.






Jadi siapakah Allah di hati para pendukung Sister In Islam?Ke manakah mahu diletakkan keislaman mereka?Siapa yang mereka sembah sebenarnya?Siapa yang  menciptakan tubuh mereka?'Hak asasi manusia' atau Allah Maha Pencipta?

Adakah di bulan Ramadan mereka patuh berpuasa?Bagaimana solat mereka?Bagaimana mereka berdoa kepada Allah,namun pada masa yang sama menarik 'flush' lalu  mengepam hukum-hukum Allah ke dalam lubang tandas?

Kita mesti memikirkan semua ini kerana tanda-tanda kiamat sudah muncul.Tanda-tanda kemunculan Dajjal juga sudah muncul.Muhammad tidak berbohong.AlQuran tidak  berbohong.

Hollywood sebagai pusat propaganda Dajjal adalah bukti yang paling mudah jika kita mahu berfikir.Bagi para jiggers yang telah sekian lama mengikuti  MistisFiles,pasti tahu bahawa berkali-kali kami memberikan amaran dan peringatan tentang perkara ini.Lama sebelum siri The Arrival muncul,kami di MistisFiles  telah lama mengingatkan kepada anda masalah ini.Kita di akhir zaman.Dalam istilah Illuministnya,'EndGame'.

Wang 1 Dollar adalah buktinya.Mata sang Dajjal sudah terakam kemas di sana.Mengapa masih ada manusia yang sanggup memijak hukum AlQuran?Filem Valhalla Rising  yang 70% menceritakan kisah hidup Dajjal sama seperti yang diberitakan dalam hadis Tamim Ad-Dari sehingga dipaparkan pengembaraannya ke Jerusalem (Baltul  Maqdis) telah pun keluar namun mengapa masih ada manusia tidak percaya?

JIKA ANDA PERCAYA TENTANG KEMUNCULAN DAJJAL,ANDA MESTI PERCAYA KEBENARAN ISLAM,KEBENARAN MUHAMMAD DAN KEBENARAN ALQURAN.


Bagi Sister In Islam,agama mereka sendiri adalah pembohong,kolot dan tidak saintifik.Namun adakah mereka sedar bahawa solat berjemaah dibuktikan oleh seorang  saintis Amerika bahawa mampu memindahkan cas-cas sehingga meneutralkan cas di dalam diri manusia.Tidak payah anda minum 100 Plus.Tidakkah mereka sedar bahawa  ketika sujud,ada satu ruang di dahi manusia yang terbuka HANYA KETIKA PERLAKUAN SUJUD dan serta merta mengalirkan darah ke dalamnya.Sister In Islam pasti  jijik melihat orang Islam menjilat jari selepas makan semata-mata mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.Tetapi tahukah mereka bahawa di hujung jari manusia  terdapat satu enzim yang mempercepatkan penghadaman makanan?Enzim inilah yang mempercepatkan sesuatu makanan menjadi basi dan mereput (rosak,berbakteria atau  berulat) akibat disentuh oleh jari kita.Sister In Islam pasti mengejek hukum Hudud yang mengarahkan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin dan melakukan  zina supaya disebat,padahal sebatan di belakang mereka mampu merangsang sel-sel darah putih keluar supaya cukup jumlahnya untuk menentang virus HIV?

Sister In Islam tidak tahu semua ini kerana bagi mereka Islam adalah kolot dan tidak saintifik.Minda mereka menjadi jumud,beku dan tertutup dengan pandangan  salah ini.Orang Barat dan para saintis mereka mula melihat keajaiban Islam.Sister In Islam,para pemimpin Umno dan Islam Liberal terus bergelumang dengan  lubang najis kesesatan.Tidak terkecuali orang Islam yang menyokong Syiah yang pakar memalsukan hadis atau golongan antihadis sendiri,semua ini ada sahamnya  di akhirat kelak termasuk segala simpatisan mereka.Allah dan agama-Nya tidak memerlukan simpati manusia,MANUSIALAH PERLU MEMPERHATIKAN DIRI MEREKA DAN  BERSIMPATI DENGANNYA.



Para Illuminist dan Mason sedang galak membuat projek-projek raksaksa untuk menyambut kedatangan Messiah.Di Eropah,bunker-bunker bawah tanah dibina untuk  menyimpan gandum dan bekalan makanan yang lain.The Endgame pasti tiba.Para Illuminist dan Mason percaya hal ini,namun soalannya di pihak mana mereka berada.

Israel menyimpan emas dan mengharamkan riba.Namun orang Islam memakai duit kertas yang tidak bernilai dan mengamalkan riba.Para rabbi Yahudi tahu apa yang  orang Islam dungu tidak tahu.Para rabbi Yahudi tahu bahawa Nabi Muhammad benar-benar seorang Rasul dan kata-katanya adalah benar,namun mereka amat kecewa  kerana baginda lahir dari kalangan Arab,yang dahulunya adalah dianggap satu bangsa yang hina di sisi Yahudi.

Yahudi Israel (bukan American Jews atau mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Yahudi) tidak makan babi dan amat benci kepada haiwan ini,namun kerajaan  Malaysia yang diterajui oleh orang Islam tidak bertegas dalam soal kandang babi.Mengapa sesetengah orang Cina bermatian tidak mahu kawasan tempat tinggal  mereka berdekatan dengan kandang babi malah tidak mengapa jika dibina berdekatan kampung Melayu (ini salah satu sikap mementing diri Ultrakiasu).Mereka tahu  bahawa haiwan ini adalah busuk dan pengotor.Mereka tahu hakikat ini namun dagingnya mereka makan.

Yahudi Israel pembersih dan mengamalkan sunnah Nabi serta nilai-nilai murni Islam,dan mereka berjaya.Di dunia lagi Allah sudah tunjuk bahawa siapa yang  amalkan sunnah nabi-Nya akan dapat kejayaan walaupun orang kafir yang mengambilnya.Orang Islam membuang sunnah Nabi maka mereka menjadi hina dina di dunia.





Sampai masa para Illuminist akan menimbulkan huru hara.Iblis telah mengajarkan kepada 66 degree ahli Kultus Syaitan Illuminist bahawa untuk menguasai  manusia,huru hara perlu diadakan.Sejumlah manusia perlu dikorbankan demi nama Iblis.Biar ramai manusia mati supaya kekafiran mereka dapat dijamin.Jika  dibiarkan hidup lama,takut-takut mereka akan mendapat hidayat Allah.Syaitan-syaitan ini tetap berusaha keras walaupun sebenarnya hidup mati dan hidayah itu  di tangan Allah.

Ada satu kepercayaan para Kultus ini,bahawa manusia dikuasai satu entiti yang digelar 'alien'.Alien ini terdapat dalam dua bentuk,spiritual dan  fizikal.Manusia perlu tunduk kepada segala alien ini dan mematuhi kehendak nafsu sendiri yang dipercayai adalah tanda-tanda dirinya direstui oleh  alien.Ingat,semua ini adalah 'rebranded'.Dahulunya mereka menggelarkan sebagai dewa-dewi.Sekarang para alien.

Saya perlu beritahu anda satu perkara penting.Dan semua orang Islam perlu sebarkan perkara penting tentang akhir zaman secara percuma supaya cepat tersebar.Adakah perkara sepenting persedian menghadapi akhir zaman perlu dikenakan bayaran?Di MistisFiles,ini adalah percuma dan semua orang boleh mengetahuinya secara cepat dan berkesan.Kami bukan mahu berniaga atas ilmu-ilmu kritikal seperti ini.Kami bukan oportunis,kami adalah 'The Trafficker of Information'.

Bacalah dan cuba hafaz 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi supaya anda terhindar dari fitnah Dajjal.Apakah fitnah Dajal itu?Segala penderitaan yang datang hasil dari tangannya.Jadi jangan salahkan Allah dan Islam jika anda menderita di akhir zaman kerana Nabi Muhammad s.a.w sudah tunjuk cara untuk selamatkan diri.Segala hak asasi manusia,liberal dan material anda tidak akan selamatkan anda dari fitnah Dajjal The Antichrist.Percayalah.

Bacalah AlQuran dan banyakkan berselawat ke atas nabi.Satu selawat,Allah akan berselawat 10 kali ke atas kita!Betapa besarnya pahala selawat.Para Illuminist sudah ketakutan kini.Filem-filem 'disaster' arahan Roland Emmerich seperti 2012 atau The Day After Tomorrow adalah cara mereka mahu 'berpesta' sebentar untuk melegakan ketakutan mereka tentang akhir zaman.Setiap kali bulan Ramadan,para rahib Illuminist pasti bermunajat kepada Lucifer supaya menyelamatkan mereka dari ramalan dari The Holy Scriptures.Namun apa yang dijanjikan oleh Allah pasti terjadi.Kata-kata Rasulullah adalah benar.Islam adalah benar.

Berjumpa di The EndGame,di mana di sana tiada berguna lagi segala penyesalan...


Hermit,
The Instrument of Doom
Area 13




Wednesday

ADA APA DENGAN MERDEKA?

TEMA-TEMA HARI KEBANGSAAN DARI TAHUN 1970 HINGGA 2010 :)
1970 : Muhibah dan Perpaduan
1971 : Masyarakat Progresif
1972 : Masyarakat Adil
1973 : Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 : Masyarakat Berdikari
1976 : Ketahanan Rakyat
1977 : Bersatu Maju
1978 : Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 : Bersatu Berdisiplin
1980 : Berdisiplin Berbakti
1981 : Berdisiplin Berharmoni
1982 : Berdisiplin Giat Maju
1983 : Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 : Amanah Asas Kejayaan
1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 : Bersatu
1989 : Bersatu
1990 : Berjaya
1991 : Wawasan 2020
1992 : Wawasan Asas Kemajuan
1993 : Bersatu Menuju Wawasan
1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 : Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 : Budaya Penentu Kecapaian
1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 : Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 : Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 : Keranamu Malaysia
2007 : Malaysiaku Gemilang
2008 : Perpaduan Teras Kejayaan
2009 : 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

2010 : 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI 

 sekian, salam 1malaysia :)

NAK IKUT SUNNAH NABI?



RAHSIA MEMOTONG KUKU


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: yang ertinya: Barangsiapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada haridilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.


Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.Selain mengikut hari tertentu, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor. paling elok, buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.


Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan (sila rujuk gambarajah di atas).Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.


note : selamat mencuba & selamat beramal :)

PADERI BERRBANGSA MELAYU? APAKAH!



PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.
SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN.
1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR
BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:

1. AL -BARAMKAH 
2. AL-MANSORI 
3. AL-BISTARIA 

P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' 

nauzubillah,  copy paste  && sebarkan isu ni untuk renungan bersama~


Friday

FACTS OF GUYS

B O Y S,
There are monsters called men.
opsss! 
i mean a boy
if u treat him nice, he says u are in love with him
if u don't, he says u are proud
if u dress nicely, he says u are trying to love him
if u don't, he says u are from KAMPUNG
if u are make noise, he says u are talkative
if u don't, he says u are a bore
if u are smarter than him, he will lose face
if he smarter than u, he is great and all brains.

if u don't love him, he tries to possess u
if u love him, he will try to leave u
if u don't let him kiss u, he says u not love him
if u let him kiss u, he says u are cheap
if u tell him ur problems, he says u are in troublesome
if u don't, he says u are hiding something from him
if u scold him, he says that u are just like many other of him
if he scold u, he is reasonable
if u break ur promise, u cannot be trusted
if he breaks his promise, he is forced to do so
if he smoke, he is manly.

if he likes u, he will promise u the moon n the star
if he dislike u , he says "no eye see"
if u argue with him, he says u talk too much
if u keep quiet, he says u are good for nothing
if u help him, u are looking down on him
if u don't, you're selfish

if u did well,he says that its just luck
if he did well, its because of his upstars.
if u hurt him ,he says u are cruel
if he hurt u, u are sensitive
if u cannot go out with him, he says u are trying to avoid him
if he cannot invite u go out, he says that u are being pushy
if he invite u out, he is being kind of heart
if u bully him, he says that u not respect him
if he bullies u, he says u deserve it.
benar atau tidak, sama sama lah kita fikirkan.
renung renungkan & selamat beramal :)